Berita buruk kes Muhyiddin hancurkan imej PN DUN Mahkota.

Oleh Adam Mqlik

Kempen PN DUN Mahkota disambut dengan berita buruk Keputusan kes Muhyiddin.

Keputusan mahkamah rayuan terhadap Muhyiddin Yassin hari ini , terus mencemari kempen Perikatan National di PRK DUN Mahkota.



Hari ini mahkamah Rayuan menolak untuk melepaskan dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional dari kes rasuah nya.

Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, bersama-sama Datuk Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Diketika PN begitu bangga mengumumkan nama calon mereka bagi wakili DUN Mahkota, seorang bekas pemain bolasepak Johor FC , tiba tiba PN memikul nama Pengerusi yang penuh terpalit kes rasuah Janawibawa.

Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agong PN cuba mengelirukan awam apabila mendakwa dalam satu kenyataan nya apa yang menimpa Muhyidddin hanya semata mata satu dakwaan terpilih dan satu bentuk kezaliman politik



Bagaimana dengan bukti lengkap dan wang sah berada dalam akaun boleh didakwa oleh Hamzah sebagai satu dakwaan penuh kezaliman?

Tambah lagi beberapa individu yang terbabit dalam hal sama yang terkait dengan kes Janawibawa ini sudah pun melarikan diri keluar negara.
Ini termasuklah anak menantu Muhyiddin sendiri.

Jika semalam, pihak PN menyangka penamaan seorang bekas pemain bolasepak Johor FC Mohamad Haizan 61 tahun mampu menaikan sedikit imej Bersatu, namun keputusan kes rayuan terhadap Muhyiddin telah menghancurkan keseuma ini.



Bersatu dan PAS sangat keras kepala berkenaan kedudukan Muhyiddin dan masih enggan mendesak supaya Muhyiddin segera berundur dan melepaskan jawatan.

Walaupun kini berstatus biawak hidup, Muhyiddin tetap dibiarkan terus mengepalai Perikatan Nasional.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button