Pengarah, pengurus besar kemuka maklumat palsu direman lima hari

Oleh – Syeikh Baran


Pengarah, pengurus besar kemuka maklumat palsu direman lima hari

Seorang pengarah dan pengurus besar sebuah syarikat konsesi pengiklanan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan mengemukakan laporan palsu kerja pemasangan papan iklan di seluruh Melaka kepada sebuah agensi milik kerajaan negeri sejak tiga tahun lalu.



Perintah reman sehingga 14 September ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni terhadap dua suspek lelaki berusia 46 dan 48 tahun itu.

Kesemua suspek ditahan pukul 3 petang semalam selepas hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan laporan palsu kerja-kerja pemasangan iklan di seluruh negeri ini membabitkan tuntutan bayaran berjumlah jutaan ringgit sejak 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, dua papan iklan di Bachang dan Banda Hilir di sini yang tumbang dalam kejadian ribut pada Julai lalu tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dipercayai tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button