PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu

PRK Mahkota: Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu

 

Teori calon Ali Baba atau calon francais yang PPBM gunakan di pilihan raya kecil DUN Nenggiri, ternyata gagal.

Kalah dengan majoriti yang cukup besar di lubuk PAS, merupakan tamparan yang cukup hebat kepada Perikatan Nasional.



Terutamanya PPBM dan PAS.

PPBM gunakan calon PAS yang dijenamakan semula dengan nama PPBM.

Tetapi tetap gagal, malah kalah dengan keadaan yang cukup memalukan.

Kini pilhan raya kecil datang lagi, tetapi kali ini di DUN Mahkota, Johor.



Negeri yang ditadbir oleh UMNO/Barisan Nasional.

Ini merupakan peluang terbaik kepada Perikatan Nasional, terutamanya PAS dan PPBM untuk membuktikan mereka adalah pilihan nombor satu orang Melayu.

Sekiranya UMNO/Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di pilihan raya DUN Mahkota, pasti populariti Perikatan Nasional akan melonjak.

Tetapi mampukah mereka?



Sudah Naikkan Bendera Putih Sebelum Masuk Gelanggang

Kalau menurut bacaan politik Annuar Musa, adalah lebih baik agar PPBM/Perikatan Nasional tidak meletakkan calon di pilihan raya kecil DUN Mahkota.

Kerana menurut Annuar Musa, ianya untuk mengelakkan dari gabungan parti di dalam Perikatan Nasional mendapat malu besar.

Annuar Musa berkata, dalam pilihan raya negeri yang lalu, Perikatan Nasional hanya mampu memperolehi 7,000 undi sahaja.

Sedangkan UMNO/Barisan Nasional mendapat lebih dari 16,000 undi.



Ini belum dicampurkan dengan undi yang diperolehi oleh Pakatan Harapan sebanyak 11,000 undi.

Ianya menjadikan gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dijangka akan memperolehi hampir 28,000 undi.

Kiraan di atas kertas sahaja sudah menunjukkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mampu perolehi hampir 20,000 undi.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya PPBM/Perikatan Nasional tidak meletakkan calon kali ini.



Kalah dengan majoriti 20,000 undi di peringkat pilihn raya DUN adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Come on Perikatan Nasional, takkan sudah naikkan bendera putih sebelum masuk gelanggang.

Bukankah selama ini Perikatan Nasional selalu kata, mereka kini sudah menjadi pilihan utama orang Melayu dan bukan lagi UMNO.

Juga tidakkan selama ini mereka juga yang berkata PPBM kini sudah menggantikan UMNO.



Inilah peluang untuk membuktikannya, tapi jantankah mereka untuk masuk gelanggang untuk membuktikannya?

 

PRK Mahkota: Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button