Teresa Makan Nangka, Dr Akmal Pula Yang Di Calitkan Getah
Teresa Makan Nangka, Dr Akmal Pula Yang Di Calitkan Getah
Ibarat orang lain yang nangka, tetapi orang lain pula yang kena getahnya.
Itulah yang sedang berlaku kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, dalam isu Sijil Halal yang mula dicetuskan oleh Naib Presiden DAP, Teresa Kok.
Yang memulaka isu tersebut adalah Teresa Kok.
Beliau juga yang mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Di seluruh dunia, pengiktirafan Sijil Halal sangat-sangat di alu-alukan.
Kerana dengan mendapat pengiktirafan Sijil Halal, produk makanan atau yang berasaskan makanan akan dapat melebarkan jualan mereka.
Pengguna Islam yang sebelum ini merasa ragu-ragu dengan status halal sesuatu produk, tidak akan teragak-agak lagi untuk membelinya.
Tetapi hanya Teresa Kok sahaja yang menganggap pengiktirafan Sijil Halal sebagai satu beban kepada peniaga dan ianya memalukan negara.
Beliau mendakwa, mewakili pihak-pihak tertentu yang merasa begitu.
Tetapi tidak pula beliau nyatakan dengan khusus, siapa pihak tertentu itu.
Atau mungkin isu tersebut sengaja dicipta untuk mengembalikan sokongan masyarakat bukan Islam kepada DAP?
Lebih memanaskan isu apabila kenyataan yang Teresa Kok keluarkan adalah sangat biadab.
Menganggap pengiktirafan Sijil Halal sebagai membebankan dan memalukan negara adalah sangat biadab.
Ianya sama seperti menganggap hukum kewajiban umat Islam memakan makanan halal sebagai membebankan dan memalukan.
Sudah tentu ianya akan menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Malaysia.
Dr Akmal Pula Yang Di Serang
Dr Akmal Saleh adalah pemimpin muda.
Sudah menjadi adat anak muda akan bertindak secara agresif dan keras.
Memang diakui, kenyataan Dr Akmal yang menganggap Teresa Kok sebagai nyonya tua adalah tidak wajar.
Tapi dari sudut lain, berdasarkan kepada umur Teresa Kok, panggilan nyonya memang selayaknya kepada beliau.
Takkan Dr Akmal hendak panggil Teresa Kok sebagai amoy, rasanya tidak sesuai langsung.
Namun apabila membuat kenyataan terbuka di sosial media, rasanya ia adalah sangat tidak wajar.
Ahli akademik, Tajuddin Rasdi, mengecam Dr Akmal atas kenyataan tersebut.
“Walaupun telah menerima gelaran Datuk, dia tidak berubah.”
“Dia masih dengan taktik lamanya dan sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak akan berubah.”
“Akmal mewakili sisi terburuk orang Melayu.”
“Dan kerana saya berpendapat bahawa dia tidak akan mengatakan perkara yang betul.”
“Atau sekurang-kurangnya sehingga dia berhenti menggunakan kaum dan agama sebagai alat untuk naik dalam hierarki politik.”
“Saya memilih untuk tidak membuang masa lagi bercakap tentangnya,” kata Tajuddin.
Kita tidak tahu apa masalah Tajuddin sebenarnya.
Apa unfinished business beliau dengan Dr Akmal.
Siapa Tajuddin Rasdi dan apa kelayakan beliau untuk bercakap tentang politik?
Beliau adalah seorang profesor dalam bidang seni bina Islam.
Apa kaitan bidang seni bina Islam dengan politik?
Kalau pemimpin UMNO tidak bersuara, dikatakan UMNO sudah di DAPkan dalam Kerajaan Perpaduan.
Bila pemimpin UMNO bersuara lantang, dituduh pula menggunakan agama dan bangsa untuk populariti politik.
Teresa Makan Nangka, Dr Akmal Pula Yang Di Calitkan Getah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok
- Teresa Mesti Berikan Kerjasama, Bukan Pertikai Siasatan Polis
- Polis Arahkan Teresa Ke Bukit Aman