Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Basuh Pinggan Sebab Nak Kahwin [VIDEO]

Cetus Perhatian Netizen!

 Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Basuh Pinggan Sebab Nak Kahwin [VIDEO]

Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Basuh Pinggan Sebab Nak Kahwin [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Nak Hantaran Tinggi, Kena Pandai Buat Kerja Rumah”-Aaisyah Dhia Rana

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 393 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 366 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah sedang membasuh pinggan sambil berbual mengenai harga hantarannya nanti.

“Kalau mak hang hantaran RM93k Aaisyah nanti kena RM900k”-Kata Che Ta



@rozitachewan1

Aaisyah, kalau mak hang hantaran 93 qibu , aaisyah nanti kena 900 qibu 🤣🤣🤣🤣 Kalau pegang sendok pun tk qeti , jadi anak daqa tua nanti .. Tp aaisyah tip top kan🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp

♬ original sound – Abg Pau ⭐️ – Abg Pau ⭐️

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa didikan Che Ta kepada Aaisyah sangat memberangsangkan. Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya itu.



Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Basuh Pinggan Sebab Nak Kahwin [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button