Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar

Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar

Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar

 

Kata adat banyak kiasan
Bergulung pendek, panjang direntangkan
Ditunjuk dia, tetapi bukan
Memang tak faham, kalau tak direnungkan

Makan sireh berpinang tidak
Pinang ada di kota Melaka
Memakan sireh mengenyang tidak
Tapi kerana budi bahasa



Admin mulakan artikel hari ini dengan 2 pantun 4 kerat untuk mengingatkan kita semua, bangsa Melayu adalah bangsa yang cukup tinggi dengan adab dan budi bahasa.

Kemajuan teknologi serta pencapaian akademi yang tinggi bukanlah alasan untuk kita melupakan adab dan budi bahasa yang kita warisi dari generasi terdahulu.

Biar kita kurang makan, tetapi jangan kita kurang adab.

Menuntut ilmu di tanah British, tidak akan memBritishkan kita.



Islam tetap ugama kita, Melayu tetap bangsa kita dan adab serta budi bahasa tetap menjadi pakaian harian kita.

Kerana, berapa lama pun kita berada di luar negara, nama kita tetap sama, warna kulit kita tetap sama.

Sikap biadab Khairy Jamaluddin (KJ) terhadap institusi perdana menteri, mengingatkan admin kepada apa yang pernah terjadi kepada komposer dan penyanyi M. Nasir.

Hanya kerana perkataan Siapa Mahathir, beliau telah digam oleh semua media elektronik.



Sebab apa?

Kerana ketika itu, Dr Mahathir adalah perdana menteri kita.

Rakyat marah bukan kerana batang tubuh yang bernama Mahathir Mohammed.

Tetapi rakyat marah kerana institusi perdana menteri Malaysia dipersendakan.



Yang Mesti Di Hukum Adalah KJ, Bukannya Hot FM

Sikap KJ yang mempersendakan institusi perdana menteri dalam rancangan bek pes Hot FM adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Benar, KJ tidak menyebut nama Anwar Ibrahim atau perkataan perdana menteri.

Tetapi apa yang tersirat dapat kita fahami dari apa yang tersurat.



Pihak pengurusan Hot FM mesti mengambil tindakan tegas.

Namun begitu, admin kurang bersetuju apabila ada gerakan boikot sedang diusahakan oleh pihak tertentu.

Kita mesti bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya bertindak mengikut perasaan.

KJ buka Hot FM dan Hot FM bukan KJ.



Maksud admin, bukan hanya KJ seorang sahaja yang mencari rezeki di Hot FM.

Mengapa hanya kerana kebiadaban KJ, kakitangan Hot FM yang tidak bersalah perlu menanggung akibatnya?

Bukankah lebih berkesan sekiranya gerakan menghantar surat bantahan kepada pengurusan Hot FM dilakukan.

Desak mereka supaya mengambil tindakan tegas ke atas KJ, paling kurang, KJ mesti minta maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Kita juga tahu, apa yang dilakukan KJ adalah sebagai usaha beliau untuk memenangi anugerah penyampai radio terbaik ABPBH.

Hantar surat bantahan kepada pengurusan Berita Harian supaya menggugurkan nama KJ dari pencalonan.

Yang mesti dihukum adalah KJ dan bukannya Hot FM.

 

Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button