Komplot rasuah pegawai penguat kuasa tukar laporan dadah

Oleh – Syeikh Baran


Komplot rasuah pegawai penguat kuasa tukar laporan dadah

Komplot dua pegawai penguat kuasa bersama seorang peniaga dalam rasuah RM30,000 dipercayai bagi menukar keputusan laporan berkaitan kesalahan narkotik memakan diri apabila direman empat hari.



Perintah reman bermula hari ini terhadap ketiga-tiga suspek termasuk dua wanita berusia 30 hingga 40-an dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Menurut sumber, semua suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua penguat kuasa itu dipercayai masing-masing menerima suapan RM15, 000.

“Ini sebagai balasan menukar keputusan laporan kimia melibatkan dua kes siasatan narkotik yang berbeza.



“Suspek disyaki menerima rasuah secara berasingan melalui transaksi pindahan wang ke akaun milik suspek daripada akaun bank suspek ketiga yang merupakan peniaga yang bersubahat dalam kes ini,” katanya, hari ini.

Sumber menjelaskan, kesemua kesalahan itu dilakukan antara tahun 2021 dan 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button