Lelaki ditahan bersama pistol, dadah direman enam hari

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki ditahan bersama pistol, dadah direman enam hari

Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik yang ditahan pada Jumaat direman enam hari bagi siasatan lanjut.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan individu berkenaan yang merupakan lelaki warga tempatan itu di Jalan Bukit Kiara di sini.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menemukan dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek.

“Suspek kini direman enam hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, individu terbabit ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.



Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali pada Rabu.

Menurutnya, Muhammed Yusoff Rawther telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan 305 gram dadah disyaki ganja bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.

“Ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya pada Rabu.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button