Pemilik Lyon yakin dapat ‘sambar’ Everton

Pemilik Lyon yakin dapat ‘sambar’ Everton

Pemilik Lyon yakin dapat 'sambar' Everton
TEXTOR mesti menjual pegangan Crystal Palace sebelum beliau boleh membeli Everton. FOTO Agensi

Decines Charpieu: John Textor, pengerusi kumpulan Eagle Football yang turut memiliki Lyon berkata, bahawa beliau yakin akan memiliki kelab England, Everton.

“Terdapat peluang 90 peratus untuk perkara ini berlaku, tetapi pemilik semasa juga mempunyai pilihan lain,” kata warga Amerika Syarikat (AS) itu semasa sidang akhbar di pusat latihan Lyon, di mana beliau adalah presiden kelab berkenaan.

Pada bulan Ogos, pemilik Everton, Farhad Moshiri, dilaporkan memberikan tempoh eksklusiviti kepada Textor untuk meneroka pengambilalihan.



Textor berkata beliau merancang untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu atas namanya sendiri.

“Ia akan datang dari pembiayaan saya sendiri. Saya akan menjadi pembeli, bukan Eagle,” kata Textor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu




Eagle Football juga memiliki Botafogo, pendahulu semasa liga Brazil dan Molenbeek, yang tersingkir ke divisyen dua Belgium musim lalu.

Eagle Football juga memiliki 46 peratus saham Crystal Palace, salah satu pesaing Everton di EPL.

Textor memperoleh sebahagian besar pegangan itu atas nama peribadinya sebelum menggabungkan pegangan-pegangan berkenaan apabila beliau menubuhkan Eagle Football pada November 2022.

Syarikat itu mengambil alih Lyon pada bulan berikutnya.



Menurut peraturan EPL, Textor mesti menjual pegangan Crystal Palace sebelum beliau boleh membeli Everton.

“Wang dari penjualan ini akan diperuntukkan kepada Eagle Football untuk membayar sebahagian daripada hutangnya,” katanya, sambil menambah bahawa sebahagian daripada wang berkenaan akan digunakan ‘untuk membangunkan akademi mereka di seluruh dunia dan merekrut bakat’.

“Tidak akan ada impak ke atas Lyon, tetapi ia mungkin boleh menjadi kerjasama yang baik. Ia akan bebas dari hutang,” tambahnya.

Pemilik Lyon yakin dapat ‘sambar’ Everton


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button