RM12 juta perkasa agromakanan

RM12 juta perkasa agromakanan

RM12 juta perkasa agromakanan
TENGKU Ahmad Badli Shah (tiga dari kiri) dan Syed Aiman (tiga dari kanan) memegang plak Program Pembiayaan Petani Kontrak sebanyak RM12 juta.

Serdang: Agrobank dan FarmByte, syarikat agromakanan digital di bawah Johor Corporation (JCorp), memeterai kerjasama strategik dalam usaha mentransformasikan dan memperkukuh landskap pertanian serta sektor agromakanan negara.

Menerusi kerjasama itu, Agrobank memperuntukkan RM12 juta sebagai tanda sokongan kepada Program Pembiayaan Pertanian Ladang Kontrak FarmByte yang merangkumi perbelanjaan operasi ladang.

Program itu memberi tumpuan kepada tanaman seperti terung panjang, terung mini, peria, cili sakata, cili kulai dan bendi yang mana projek perintisnya akan dilancarkan di Johor sebelum dikembangkan ke seluruh negara.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya berbesar hati diberi peluang bekerjasama dengan FarmByte kerana ia membuka lebih ruang kepada petani berminat untuk menceburkan diri dalam pertanian.

Menurutnya, petani berkaitan akan mendapat bantuan pembiayaan dengan kadar rendah daripada Agrobank.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu




“Menerusi kerjasama ini, petani juga menerima tunjuk ajar dan ia adalah program yang baik kerana teknologi dan segala bentuk kemudahan disediakan FarmByte.

“Kita akan bayar FarmByte kos berkaitan manakala peruntukan (pembiayaan) diberikan terus kepada petani.

“Cabaran petani adalah modal. Jadi, mereka akan mendapat tunjuk ajar dan peluang dibantu FarmByte daripada hal pertanian hingga pemasaran.

“FarmByte ada pelan perniagaan dan akan keluarkan petani daripada masalah, mereka juga ada logistik dan teknologi yang boleh membantu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Rakan Niaga Strategik antara Agrobank dan FarmByte, di sini, semalam.



Perjanjian perkongsian strategik itu ditandatangani Tengku Ahmad Badli Shah dan CEO FarmByte Syed Aiman Kifli Syed Jaafar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok



Tengku Ahmad Badli Shah berkata, kerjasama itu terhasil dengan menawarkan sokongan kewangan dan jaminan pasaran untuk 50 petani dengan bantuan kewangan maksimum sehingga RM239,940 bagi setiap peserta.

“Kami bukan sahaja meningkatkan taraf hidup petani malah menyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara.

“Kerjasama ini adalah langkah penting ke arah membina sektor pertanian yang lebih berdaya tahan.

“Agrobank berharap untuk melihat lebih ramai usahawan terbabit dalam sektor pertanian dan kami percaya, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) adalah satu daripada platform untuk mendekati komuniti yang kurang mendapat perhatian,” katanya.



Sementara itu, Syed Aiman Kifli berkata, matlamat FarmByte adalah untuk memperkasa petani dalam menghasilkan tanaman berkualiti dan bernilai tinggi, seterusnya memastikan rantaian nilai agromakanan yang lebih mampan dan menguntungkan.

Katanya, FarmBye akan membantu petani dengan membeli hasil tanaman sekali gus membantu mereka yang tidak tahu tempat untuk dijual dan membuat pembayaran dalam masa cepat.

“Menerusi sokongan Agrobank, kami bukan sahaja dapat menawarkan bantuan kewangan kepada petani tetapi juga alat dan pandangan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran kompetitif.

“Perkongsian itu adalah perjanjian ‘offtake’ yang terjamin, yang mana FarmByte komited untuk membeli semua hasil tuaian daripada petani yang menyertai program ini.



“Perjanjian ini menyediakan pasaran yang selamat dan stabil kepada petani, mengurangkan risiko kewangan berkaitan dengan pertanian dan memastikan rantaian bekalan yang konsisten,” katanya.

RM12 juta perkasa agromakanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button