Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

 

Siasatan polis mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah mangsa diajar meliwat dan diliwat.

Seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.



Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan GISBH.

Sebuah kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.



Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Razarudin Hussain.

“Berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.”

“Selain meliwat dan diliwat, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan.”

“Sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.”



“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.”

“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan.”

“Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam.”

“Hala tujuan siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611].”



“Juga Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792].”

“Serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574].”

“Dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa,” jelas Razarudin.

“Dalam tempoh 2011 hingga 7 September lalu, polis telah menerima 41 laporan polis terhadap kumpulan perniagaan itu termasuk 19 di Selangor.”



“Manakala di Negeri Sembilan (13), Perlis (1), Kedah (3),Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (1).”

“Dan di Melaka (1), Johor (5),Pahang (2), Terengganu (1) dan Sabah (1),” jelas Razarudin.

Untuk rekod, GISBH ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.

 



Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button