Guan Eng digambarkan anti-Melayu, anti-Islam

Oleh – Syeikh Baran


Guan Eng digambarkan anti-Melayu, anti-Islam

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berbaur fitnah dan mencemar reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkan beliau menyalahgunakan kuasa ketika berjawatan Menteri Kewangan berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada sebuah yayasan kebajikan.



Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Guan Eng berhujah, tiga kenyataan Muhyiddin yang ketika itu Perdana Menteri jika dibaca secara keseluruhan oleh pembaca yang munasabah membawa maksud bahawa beliau anti-Melayu dan anti-Islam.

Beliau berhujah, kenyataan tersebut juga didakwa membawa maksud bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu (plaintif) menyasarkan sebuah institusi yang membantu masyarakat Melayu dan Islam dalam kerja-kerja amal dan kebajikan.

Ujar Ngek Seong, kenyataan fitnah berkenaan antaranya bermaksud Guan Eng menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan, walhal ia tidak patut dikenakan cukai.

Ngek Seong berhujah demikian pada prosiding kes saman yang dikemukakan oleh Guan Eng terhadap Muhyiddin atas dakwaan mengeluarkan tiga kenyataan fitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap organisasi berkenaan.



Sementara itu, peguam Chetan Jethwani ketika berhujah bagi pihak Muhyiddin berkata, tafsiran plaintif sendiri yang memburukkan keadaan sehingga kenyataan tidak berbahaya, digambarkan sebagai menyinggung perasaan dan merosakkan.

Hujah beliau, dalam kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan kepada umum punca beliau dipanggil oleh SPRM dan kedudukannya berhubung siasatan yang dijalankan terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain kemudian menetapkan 8 November ini bagi keputusan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button