Malaysia raih tempat ketiga Kejuaraan Dunia Kuda Lasak
Malaysia raih tempat ketiga Kejuaraan Dunia Kuda Lasak
Kuala Lumpur: Skuad ekuestrian negara menamatkan saingan di tempat ketiga kategori berpasukan di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak berlangsung di Monpazier, Perancis pada Sabtu.
Setiausaha Kehormat Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Datuk Yap Mou Soon berkata, pasukan negara diwakili lima ekuin terdiri daripada Abdul Latif Abd Rani, Muhammad Aizad Mohd Riduan, Tengku Muhammad Syukri Tengku Mahmood, Mohd Bulkhari Rozali, Jasryn Jaffly dan Asri Abd Aziz (simpanan).
Beliau berkata, sebanyak 118 peserta dari 39 negara telah mengambil bahagian pada kejohanan edisi kali ini.
“Penunggang negara berjaya mendapat tempat ke-20, 22 dan 24, menjadikan Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam kategori berpasukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Presiden EAM, Syed Omar Syed Abu Bakar Almohdzar berkata, kejayaan ini membuktikan penunggang tanah air berpotensi tinggi setanding peserta antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar
- PRK Mahkota: Calon Tangkap Muat PN
- Berita buruk kes Muhyiddin hancurkan imej PN DUN Mahkota.
Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah
Beliau berkata pasukan negara telah berusaha sehabis baik di samping semangat sepasukan yang tinggi dan usaha berterusan jurulatih berpengalaman dari luar dan dalam negara dalam membimbing pasukan.
Kejuaraan Dunia Kuda Lasak adalah kejohanan dwitahunan peringkat piala dunia bagi penunggang-penunggang senior dan dianjurkan oleh badan induk sukan Ekuestrian dunia PersekutuanEquestre Internationale (FEl).
Malaysia raih tempat ketiga Kejuaraan Dunia Kuda Lasak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :