Mika percaya skuad Jang mampu bangkit semula

Mika percaya skuad Jang mampu bangkit semula

Mika percaya skuad Jang mampu bangkit semula
MIKA (kiri) sandaran Negeri Sembilan FC. FOTO NEGERI SEMBILAN FOOTBALL CLUB

Kuala Lumpur: Pemain import Negeri Sembilan FC, Mika Junco Martinez enggan berputih mata lagi dan ingin memastikan mereka meraih mata berharga berdepan Perak FC dalam aksi Liga Super, Sabtu ini.

Jelasnya, melihat pada persiapan sebelum perlawanan itu, dirinya percaya skuad kendalian K Nanthakumar mampu menghasilkan keputusan positif nanti.

Selepas seri dengan Kedah Darul Aman FC pada bulan lalu, Mika percaya dia dan rakan sepasukan bertambah baik daripadq segi persediaan dan menggunakan tempoh masa berehat sebelum ini untuk terus perbaiki kelemahan pasukan.



Buktinya, mereka menang 2-0 ke atas PDRM FC pada aksi persahabatan minggu lalu dan salah satu jaringan itu berjaya dilakukan oleh pemain kelahiran Sepanyol itu.

“Aksi persahabatan tempoh hari adalah perlawanan yang baik untuk kami selepas menang dan membuktikan pasukan ini semakin positif untuk kembali bangkit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah




“Kita akan lihat balik dekat mana kekuatan yang ada pada Perak untuk cuba mengatasi mereka dan saya percaya dengan perancangan daripada jurulatih. Secara jujurnya, permulaan musim ini agak perlahan untuk kami dan kekalahan demi kekalahan memang tidak mudah untuk pasukan ini,” katanya.

Mika percaya skuad Jang mampu bangkit semula


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button