Pang Ron-Su Yin akhirnya lolos ke suku akhir
Pang Ron-Su Yin akhirnya lolos ke suku akhir
Kuala Lumpur: Selepas terkandas di pusingan pertama dan kedua secara berselang-seli sejak Mac lalu, gandingan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin akhirnya berjaya meloloskan diri ke suku akhir apabila mengalahkan Lin Bing Wei-Lin Chih Chun di Terbuka Hong Kong sebentar tadi.
Pang Ron-Su Yin berjaya mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-15 dalam aksi yang berlangsung di Hong Kong Coliseum.
Bagaimanapun, gandingan ke-40 dunia itu bakal berdepan cabaran getir esok apabila perlu melepasi halangan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping jika bercita-cita untuk merasai mara ke separuh akhir.
Yan Zhe-Dong Ping mara ke separuh akhir selepas menumpaskan wakil Taiwan, Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun 21-14, 21-12.
Dua lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke suku akhir.
Tang Jie-Ee Wei memperoleh kemenangan percuma ketika mendahului 21-14, 4-1 apabila lawan mereka Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau dari Hong Kong menarik diri, manakala Soon Huat-Shevon yang juga pilihan kelapan berjaya mengalahkan gandingan India, B Sumeeth Reddy-Sikki Reddy 21-11, 22-20.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Kerana Nyamuk Hitam Seekor, Kelambu Di Bakar
- PRK Mahkota: Calon Tangkap Muat PN
- Berita buruk kes Muhyiddin hancurkan imej PN DUN Mahkota.
Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah
Esok Tang Jie-Ee Wei yang juga pilihan keempat akan berentap dengan Gup Xin Wa-Chen Fang Hui dari China, manakala Soon Huat-Shevon berdepan wakil tuan rumah, Tang Chun Man-Tse Ying Suet yang menumpaskan satu lagi wakil negara, Yap Roy King-Valeree Siow 16-21, 21-19, 21-15.
Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil tunggal beregu lelaki di suku akhir apabila mereka berjaya menjinakkan pasangan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han selepas mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-18.
Menanti mereka di suku akhir ialah pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang sebelum itu menumbangkan satu lagi pasangan China, Chen Bo Yang-Guo Ruo Han 21-14, 21-17.
Dalam perseorangan lelaki nasib tidak menyebelahi Leong Jun Hao walaupun sudah mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila ditunjukkan jalan keluar oleh wakil tuan rumah, Lee Cheuk Yiu selepas kalah 14-21, 21-15, 22-24.
Pang Ron-Su Yin akhirnya lolos ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH