PRK DUN Mahkota: 1,074 polis bertugas pada hari penamaan calon

Oleh – Syeikh Baran


PRK DUN Mahkota: 1,074 polis bertugas pada hari penamaan calon

Polis Johor menggerakkan seramai 1,074 pegawai dan anggotanya bgi memastikan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu ini.



Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, semua pegawai dan anggota berkenaan akan bertugas mengawal lalu lintas serta keselamatan sepanjang proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

“Pasukan ini akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mengganggu kententeraman awam.

“Polis Johor menasihatkan agar calon-calon dan penyokong-penyokong parti yang terlibat mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang insiden yang mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menyalahi undang-undang.



“Orang ramai dinasihatkan agar terus bersikap matang, saling menghormati dan mengelakkan daripada melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini.

“Ini kerana tindakan sedemikian boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button