‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn [VIDEO] 

‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn [VIDEO] 

‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn [VIDEO] 

Pelakon Ozlynn berkongsi tentang kisah penghijrahannya selepas menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Penghijrahan Ozlynn

@mingguanwanita



“I cakap dekat Johan, mulai harini aurat saya hanya untuk awak sahaja” – @jozlynnhanania Alhamdulillah, Ozlynn dengan sebak menceritakan pengalaman dan hijrahnya ke arah yang lebih baik setelah selesai menunaikan haji. Saksikan video penuh di FB dan YT Mingguan Wanita ya! #mingguanwanita #ozlynnjohon #ozlynnn #johan #baikpunyahlong #aurawanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 43, mendedahkan sebelum ini dia pernah memakai hijab dan berniqab ketika keluar rumah.

Ozlynn berkata setiap kali mengenakan hijab, suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio iaitu Johan akan memuji dirinya.



Dari dulu lagi, kalau saya keluar seorang diri saya akan pakai tudung dan pakai pelitup muka, kadang-kadang saya berniqab jadi orang tak perasan.

Johan selalu cakap, ‘sejuknya..cantiknya isteri saya, kalau macam ini dah lengkap dah.’

Bagaimanapun, Johan menasihati Ozlynn agar ikhlas menukar imejnya dan menutup aurat kerana Allah SWT.

Itu yang dia inginkan tapi, dia selalu katakan, ‘buat kerana Allah, saya takut kalau buat kerana saya suatu hari nanti katakan awak kecewa, terasa hati atau menangis sebab saya..yang hanya boleh memulihkan jiwa hanyalah Allah. Jadi kalau buat kerana Allah akan selamat dunia akhirat.’



Bercerita lanjut, ketika pulang daripada mengerjakan rukun Islam yang kelima, pelakon filem Abang Long Fadhil 3 itu mengambil keputusan untuk terus memakai hijab.

Dalam nada sebak, Ozlynn menyifatkan ia adalah tanda kasih sayang daripada Allah SWT terhadapnya.

Bila balik dan keluar rumah..saya pakai sahaja tudung. Kemudian Johan bertanya adakah saya akan terus pakai.

Saya kata pada Johan,’mulai pada hari ini, aurat saya hanya untuk dia sahaja.’



Itu adalah tanda kasih sayang Allah, yang mana saya tak pernah terfikir pun apa kebaikan yang pernah saya lakukan sampai Allah bagi keistimewaan sepanjang mengerjakan haji.

Saya pergi haji menggunakan pakej VVIP daripada raja Saudi. Layanan Allah di sana pun sangat VVIP.

Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

Sumber: TikTok Mingguan Wanita



‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button