Suami bekas pegawai GLC terima tender RM1.4 juta ditahan SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Suami bekas pegawai GLC terima tender RM1.4 juta ditahan SPRM

Seorang pemilik sebuah syarikat ditahan hari ini bagi membantu siasatan isterinya yang sedang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemberian kontrak pembekalan pekerja berjumlah RM1.4 juta pada lima tahun lalu.



Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan sewaktu tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 4 petang tadi.

Beliau berkata, pemilik syarikat tersebut akan dilepaskan selepas memberi keterangan dalam tempoh 24 jam.

“Sebelum ini, isteri lelaki itu telah ditahan reman selama enam hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dakwaan dia menyalahguna jawatan sebagai pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit pada tahun 2019.

“Dia disyaki menggunakan jawatannya tersebut untuk memberi kontrak berkenaan kepada syarikat milik suaminya,” katanya di sini hari ini.



Kosmo! semalam melaporkan perintah reman tersebut wanita berusia 40-an tersebut sehingga Ahad ini tersebut dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suami bekas pegawai eksekutif GLC tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button