Tukang urut dijel 5 tahun cabul pelanggan bawah umur

Oleh – Syeikh Baran


Tukang urut dijel 5 tahun cabul pelanggan bawah umur

Tukang urut dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga pelanggannya.



Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ishak Abdul Rahman, 57, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah pondok di Dungun, pada 8.45 malam, 21 Februari 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Nor Azri Mohd Arif.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button