Ceroboh, pecah masuk sekolah: Tiga Geng Tongkol didakwa

Oleh – Syeikh Baran


Ceroboh, pecah masuk sekolah: Tiga Geng Tongkol didakwa

Tiga pemuda Geng Tongkol yang aktif menceroboh dan memecah masuk sekolah didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan perbuatan itu bulan lalu.



Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohammad Daniel Mohd. Nadzri, Saidina Abdul Hamid yang kedua-duanya berusia 20 tahun dan Mohd Nadzri, 18, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Di hadapan Majistret M.S Arunjothy dan Majistret Illi Marisqa Khalizan mereka didakwa atas tiga pertuduhan melakukan bersama-sama pencerobohan jenayah dan memecah masuk tiga buah sekolah.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 4.30 pagi pada 13 Ogos lalu dan pukul 2.14 pagi pada 16 Ogos 2024.

Sementara itu, di hadapan Majistret Amira Abd Aziz, tertuduh Saidina dan Muhammad Syafiq didakwa memecah masuk sebuah lagi sekolah dan telah mencuri wang tunai berjumlah RM750 milik seorang lelaki pukul 2.14 pagi pada 6 Ogos lalu.



Bagi kesemua kesalahan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 447 kanun sama, dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen 441 memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 457 Kanun Keseksaan penjara maksimum 14 tahun dan denda dan kedua-duanya.

Semasa proaiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vivi ‘Asnita Zaina’Larifin, Izzat Amir Idham dan Vivien Yeap Jie Xie.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh peguam-peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Wei Meng, Simret Singh dan Nicholas Cheoh.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh Saidina dan Muhammad Syafiq diikat jamin RM9,300 manakala Mohammad Daniel diikat jamin RM7,300.

Tarikh 28 Oktober dan 5 serta 6 November ditetapkan sebutan semula kes.

Pada 5 September lalu, Kosmo! melaporkan polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai ahli Geng Tongkol yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah sekolah.

Menurut polis, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden pecah pejabat sebuah sekolah rendah di Taman Bukit Maluri Kepong, di sini.



Kesemua yang merupakan warga tempatan berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan di Bukit Jalil dan Batu Caves pada 20 Ogos lalu selain polis turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian, telefon bimbit, sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM1,300.

Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan hasil daripada kegiatan jenayah tersebut untuk membeli alat ganti dan komponen motosikal.

Susulan operasi tersebut, sebanyak 13 kes pecah sekolah berjaya diselesaikan melibatkan 10 kes di Kuala Lumpur dan tiga di Selangor.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button