KBS yakin FAM ada jalan penyelesaian
KBS yakin FAM ada jalan penyelesaian
Kota Bharu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyuarakan kebimbangan berhubung isu tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) namun yakin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyelesaikannya dengan baik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, dalam masa yang sama kementeriannya akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan.
“Dari semasa ke semasa memang kita buat perbincangan dengan FAM. Kita sentiasa berkomunikasi dan mengambil tahu sedikit sebanyak berkenaan permasalahan yang berlaku dalam arena bola sepak Malaysia.
“Kita juga mempunyai kebimbangan tapi serahkan kepada FAM untuk selesaikan dan dalam masa yang sama kerajaan akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah tunggakan gaji dihadapi beberapa pasukan beraksi dalam saingan Liga M musim 2024/2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Difahamkan, ketika ini beberapa kelab berdepan dengan masalah kewangan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan gaji pemain mereka yang tertunggak.
Adam Adli berkata, soal pengurusan kelab adalah perkara yang cukup rumit untuk diperkatakan namun beliau mengharapkan ada penyelesaian yang baik.
“Jadi kita serahkan kepada FAM dan pengurusan kelab masing-masing untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada semua permasalahan yang menyelubungi arena bola sepak tempatan.
“Adakah kerajaan ambil berat? Ya. Adakah kita berasa selesa? Tidak. Kita akui masalah itu berlaku dan harap boleh dapat penyelesaian yang bertanggungjawab daripada semua pihak terbabit,” ujarnya.
Beliau terdahulu hadir ke Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program kembara Jumpa Orang Muda (JOM) peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Tunjong, di sini.
KBS yakin FAM ada jalan penyelesaian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YTL Tidak Layak Untuk Membida Projek ART Johor Dan Projek PIKAS 2030
- Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umno.
- Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara