Lelaki warga asing maut ditikam di asrama pekerja kilang

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki warga asing maut ditikam di asrama pekerja kilang

Seorang lelaki warga asing ditemui mati dengan kesan kecederaan disyaki ditikam di asrama pekerja sebuah kilang di Bentong pada Khamis.



Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa berusia 38 tahun itu kira-kira jam 11 malam hari berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal polis di aras dua asrama pekerja itu mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman menggunakan objek tajam.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan suspek terdiri seorang lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing berusia 27 hingga 39 tahun untuk siasatan lanjut.

“Semua suspek ditahan kira-kira jam 1.25 pagi pada Jumaat di tepi Jalan Taman Chegar Medang, Bentong dipercayai cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.



Yahaya berkata, semua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen

302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button