Messi kembali perkuatkan Inter Miami

Messi kembali perkuatkan Inter Miami

Messi kembali perkuatkan Inter Miami
LIONEL Messi (kanan). FOTO Agensi

Miami, Amerika Syarikat: Lionel Messi dijangka kembali menguatkan Inter Miami apabila turun melayan kunjungan Philadelphia Union selepas disisihkan sejak Jun lalu.

Messi tidak beraksi ekoran kecederaan buku lalinya yang memaksa bintang Argentina itu lebih banyak mengisi masa di bangku simpanan.

“Ya, dia (Messi) baik-baik saja sekarang,” kata Martino kepada pemberita dalam bahasa Sepanyol.



“Semalam dia kembali menjalani latihan, dia sedang dipertimbangkan untuk perlawanan hujung minggu ini. Kami akan menentukan kedudukannya selepas sesi Latihan, tetapi dia mungkin akan bersama pasukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH


Ketika ini Inter Miami berada di puncak liga biarpun tanpa kelibat Messi sejak dua bulan lalu.



Kelab itu memenangi lapan aksi daripada sembilan perlawanan tanpa kehadiran Messi untuk membolehkan Inter Miami mengumpul 59 mata dan dibezakan tujuh mata dengan pasukan kedua.

Manakala pasukan lawan yang akan ditemui Philadelphia kini berada di tangga ke-11 liga dan Inter Miami berpeluang menjarakkan kedudukan di puncak singgah sana.

Messi kembali perkuatkan Inter Miami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button