Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara
Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara
Nasib yang menimpa kanak-kanak yang berlindung di rumah amal kendalian GISBH sangat mengejutkan dan menyedihkan kita semua.
Sekiranya apa yang didakwa itu benar, manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan kanak-kanak tersebut begitu.
Mereka diajar untuk meliwat kawan-kawan mereka dan kemudiannya diliwat oleh penjaga yang diberikan amanah untuk menjaga mereka.
Hak untuk mendapatkan rawatan kesihatan dinafikan.
Begitu juga hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna juga turut dinafikan.
Tempat tinggal mereka sangat menyedihkan kita.
Tidak ubah seperti stor yang digunakan oleh pendatang asing tanpa izin di negara kita.
Lebih menyedihkan kita, segala penindasan dan kezaliman itu dilakukan dengan bertopengkan agama.
Begitulah bila nafsu sudah menguasai diri.
Hilang sifat kemanusiaan kerana dikawal oleh sifat kebinatangan.
Tahniah kita ucapkan kepada pihak berkuasa, terutamanya pihak polis kerana telah bertindak tegas.
Heret semua yang bertanggungjawab ke muka pengadilan supaya mereka menerima hukuman yang setimpal.
Tetapi jangan kita lupa, premis GISBH atau lebih dikenali sebagai Ikhwan berada di seluruh negara.
Yag diserbu oleh pihak berkuasa hanyalah premis yang berada di Negeri Sembilan dan Selangor sahaja.
Bagaimana dengan premis mereka yang bertaburan di seluruh negara.
Sekiranya perkara itu berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor, tidak mustahil ianya juga berlaku di tempat lain.
Serbuan segera mesti dilakukan ke atas kesemua premis Ikhwan yang berada di seluruh negara.
Dalam perkembangan yang sama, Menteri Undang Undang, Azalina Othman telah mengarahkan Jabatan Bantuan Guaman agarĀ membantu kanak-kanak tersebut.
“Saya telah menghubungi Pengarah JBG.”
“Dan mengarahkan JBG untuk menyantuni kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam insiden jelik ini.”
“Dengan menawarkan khidmat pendamping kanak-kanak atau legal companion.”
“Saya berasa amat dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya kes 402 kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan eksploitasi di 20 rumah amal.”
“Saya difahamkan siasatan sedang berjalan berkenaan perkara ini,” tegas beliau di dalamĀ Facebook.
Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara
Di Syorkan Untuk Anda: