Slot calon pengurus terbaik September

Slot calon pengurus terbaik September

Slot calon pengurus terbaik September
PENGURUS Liverpool, Arne Slot. FOTO Agensi

London: Permulaan sempurna Liverpool di bawah kendalian Arne Slot di awal musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ini belum cukup untuk menobatkan pengurus itu sebagai pengendali terbaik bagi bulan Ogos.

Malah, dua rakan sejawatnya dari Arsenal dan Manchester City iaitu Mikel Arteta serta Pep Guardiola turut terlepas gelaran itu.

Sebaliknya pengendali Brighton, Fabian Hurzeler merangkul gelaran berkenaan selepas membawa pasukannya mengejutkan Everton 3-0 dan Manchester United 2-1.



Hurzeler, 31, muncul pengendali termuda dalam sejarah EPL apabila menggantikan Roberto De Zerbi pada Jun lalu.

Sejak Slot mengambil alih Liverpool daripada Jurgen Klopp, beliau menang dua perlawanan pertama liga ke atas Ipswich dan Brentford.

Begitupun, bagi bulan September dijangka Slot calon memenangi gelaran itu selepas cemerlang membawa The Reds menewaskan Man United 3-0 di Old Trafford pada awal bulan ini.

Ketika ini Liverpool berada di tangga kedua liga dengan sembilan mata maksimum daripada tiga aksi diharungi.



Slot calon pengurus terbaik September


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button