Arteta lega raih kemenangan, biarpun nampak ‘hodoh’

Arteta lega raih kemenangan, biarpun nampak ‘hodoh’

Arteta lega raih kemenangan, biarpun nampak 'hodoh'
MIKEL Arteta. FOTO Agensi

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji keinginan tinggi barisan pemainnya memburu kemenangan biarpun turun agak tempang tanpa beberapa tonggak utama pasukan.

The Gunners terpaksa beraksi menentang Tottenham Hotspur tanpa khidmat Declan Rice dan Martin Odegaard namun masih mampu melakar kemenangan 1-0 yang disifatkan oleh Arteta sebagai kemenangan yang agak ‘hodoh’.

Odegaard tidak dapat diturunkan akibat kecederaan selepas mengalaminya Ketika beraksi buat Norway manakala Rice masih dalam tempoh penggantungan ekoran kad merah ketika menentang Brighton sebelum ini.



Meskipun begitu, pencabar utama trofi itu tetap berjaya pamerkan aksi baik di mana Tottenham gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan sebelum Gabriel Magalhaes muncul wira Arsenal dengan gol kemenangan pada babak kedua.

“Sudah pasti sangat gembira. Kemenangan ini cukup bermakna untuk kelab dan penyokong di mana ia adalah aksi ‘derby’ Utara London yang dinantikan,” kata Arteta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH




“Kami berdepan beberapa detik kesukaran dalam perlawanan ini. Kami terpaksa menyesuaikan diri sedikit kerana beberapa pemain utama kami tidak beraksi dan itu memberi sedikit masalah.

“Saya menyediakan pasukan selama lima ari untuk berdepan Tottenham, di mana saya kehilangan dua tonggak penting pasukan. Saya tidak dapat tidur dengan lena.

“Namun ia bukan alasan atau untuk ditangisi. Pemain tidak menyerah kalah, sebaliknya mereka tetap tampilkan aksi terbaik dan melakukan perkara yang agak ‘hodoh’ tetapi pemain sukakannya.

“Saya tidak kisah dengan cara itu asalkan kami kemenangan dan pemain juga semakin hari semakin dahagakan kemenangan,” katanya.



Hasil kemenangan itu menyaksikan Arsenal menang tiga pertemuan di Tottenham dan kali terakhir tewas pada Mei 2022 lalu, di mana aksi dengan jiran tetangga itu sering menjadi tumpuan hangat kedua-dua penyokong.

Arteta lega raih kemenangan, biarpun nampak ‘hodoh’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button