Fandi tabik pemain
Fandi tabik pemain
Kuantan: Tiada yang lebih menggembirakan buat Sri Pahang FC terutama pengendalinya, Fandi Ahmad selepas skuad itu berjaya mengutip tiga mata hasil kemenangan besar 5-1 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.
Kemenangan itu juga melonjakkan skuad Tok Gajah di kedudukan ketujuh dalam saingan Liga Super berbanding kesembilan sebelum ini selepas mengutip 10 mata daripada sembilan perlawanan.
Bagi Fandi, segalanya dilihat begitu menjadi buat skuad Tok Gajah yang mempamerkan kerjasama yang menyakinkan terutama berjaya menjaringkan lima gol selepas beberapa perlawanan gagal melakukan penyudah.
“Sebenarnya, pada pendapat saya ada beberapa perlawanan yang kita main baik juga cuma hari ini lebih baik kerana hantaran bola, kombinasi yang baik serta penyudahan sangat meyakinkan hingga kita dapat menjaringkan banyak gol.
“Sudah pasti saya gembira kerana misi meraih kemenangan berjaya dilakukan pemain dan kejayaan itu juga meningkatkan semangat kepada semua pemain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Saya harap kemenangan ini juga membantu untuk meneruskan prestasi terbaik pada perlawanan akan datang,” kata legenda bola sepak Singapura itu.
Sementara itu, pengendali PDRM, P Maniam ternyata kecewa dengan persembahan anak buahnya yang menyaksikan empat daripada lima gol dibolosi pada separuh masa pertama.
Justeru, beliau mengharapkan anak buahnya kembali bangkit dan melupakan kekalahan besar yang dialami.
Pada perlawanan itu, lima gol Sri Pahang, masing-masing dua dijaringkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-16 dan 46 serta Stefano Brundo (m-25, 32) manakala satu gol hasil sentuhan Manuel Hidalgo minit ke-2(m-26) Gol tunggal PDRM pula dijaringkan penyerang, Bruno Suzuki pada minit ke-72.
Fandi tabik pemain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YTL Tidak Layak Untuk Membida Projek ART Johor Dan Projek PIKAS 2030
- Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umno.
- Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :