Fitnah salah guna dana: Rafizi pertimbang saman Wan Fayhsal

Oleh – Syeikh Baran


Fitnah salah guna dana: Rafizi pertimbang saman Wan Fayhsal

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sedang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung tugas.



Ini berikutan dakwaan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Pemuda BERSATU bahawa Rafizi menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.

“Saya telah mohon pasukan peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap @wanfayhsal kerana membuat fitnah terbuka bahawa saya membela macai (iaitu saya membayar ‘cybertrooper’ (tentera siber) dan saya menyeleweng duit kementerian membayar ‘cybertrooper’

“Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah,” kata Rafizi dalam catatan di X hari ini.

Sebelum ini, seorang pengguna X mendakwa seorang individu yang mempunyai pengikut TikTok yang ramai menerima bayaran daripada Kementerian Ekonomi kerana kandungan mereka.



Sebagai respons, Wan Fayhsal dalam komen di posting itu mendakwa individu itu antara pengikut Rafizi.

“Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit Kementerian buat kerja macai politik!,” katanya Wan Ahmad Fayhsal.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button