Gol Lukaku lonjak Napoli ungguli Serie A

Gol Lukaku lonjak Napoli ungguli Serie A

ROMELU Lukaku antara penjaring gol buat Napoli. FOTO Agensi
ROMELU Lukaku antara penjaring gol buat Napoli. FOTO Agensi

Rome: Napoli mendaki puncak Serie A selepas membenam Cagliari 4-0 hasil jaringan Giovanni Di Lorenzo, Khvicha Kvaratskhelia, Romelu Lukaku dan Alessandro Buongiorno.

Selepas memulakan kempen musim ini dengan kekalahan mengejut kepada Hellas Verona, anak buah Antonio Conte bangkit untuk melakar tiga kemenangan berturut-turut.

Napoli mendahului menerusi rembatan Di Lorenzo yang membias masuk selepas 18 minit permainan berlangsung.



Bagaimanapun perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit selepas penyokong kedua-dua belah pasukan membaling objek antara satu sama lain dan bunga api ke dalam padang.

Bersambung babak kedua, Cagliari melancarkan serangan berbahaya namun penjaga gol Napoli, Alex Meret menampilkan aksi terbaik untuk menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH




Pada minit ke-66, bola hantaran Lukaku membolehkan Kvaratskhelia meledak gol kedua dan penyerang Belgium itu menambah gol ketiga empat minit kemudian berikutan kesilapan pertahanan.

Ketika aksi hampir tamat, Buongiorno menanduk masuk gol keempat selepas memanfaatkan seapakan sudut untuk memberikan pelawat tiga mata penuh.

Gol Lukaku lonjak Napoli ungguli Serie A


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button