Polis cari remaja tunggang basikal lajak, berlumba di jalan raya

Oleh – Syeikh Baran


Polis cari remaja tunggang basikal lajak, berlumba di jalan raya

Polis menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya di daerah ini.



Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, video berkenaan diperoleh hasil maklumat awam pada 9.24 pagi hari ini.

Beliau berkata, melalui video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang daripada mereka didapati hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu sekitar 5.30 petang yang memaparkan kira-kira lapan remaja menunggang basikal dipercayai jenis basikal lajak berlumba sesama sendiri ketika menuruni jambatan Jalan Teluk Wanjah tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataannya, hari ini

Siti Nor Salawati berkata, satu laporan polis dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.



Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau tutuy meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Ifzam Mohd Zaini di talian 012-4043373 atau Balai Polis Trafik Kota Setar di talian 04-7321222.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button