Adlin Dedah, Ruminah Sidek Digelar “Black Widow” oleh Anak-Anak Selepas Perkahwinan Ke-5

Adlin Dedah, Ruminah Sidek Digelar “Black Widow” oleh Anak-Anak Selepas Perkahwinan Ke-5

Adlin Dedah, Ruminah Sidek Digelar “Black Widow” oleh Anak-Anak Selepas Perkahwinan Ke-5

Siapa yang tidak mengenali dengan Adlin Aman Ramlie yang merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia.

Adlin adalah antara penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni seperti teater, tv dan filem, penulis skrip, pengacara, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem.



Untuk makluman, dia juga merupakan anak kepada seniman Allahyarham A. R. Tompel dan Seniwati Ruminah Sidek.

Menceritakan Perjalanan Sebagai Anak Seni

Satu wawancara podcast dari Sinar telah mendapat perhatian netizen apabila dalam episod yang ditunjukkan kali ini, mereka telah menjemput Adlin untuk menceritakan kembali mengenai perjalanan dalam industri seni.

Antara yang menjadi perhatian dalam sesi podcast tersebut apabila Adlin menceritakan mengenai kisah ibunya, Ruminah Sidek atau lebih mesra dipanggil Mak Mah.

Mak saya sepanjang hidup dia sampai sekarang dia melalui perkahwinan yang ke 5 sekarang ni.



Jadi mak ni dia memang “black widow” kaki “reset” punya.

Dan mak pun tau ni. Ni gelaran yang anak-anak bagi dekat dia.

Dedah Pangilan Anak Kepada Mak Mah

Adlin Dedah, Ruminah Sidek Digelar “Black Widow” oleh Anak-Anak Selepas Perkahwinan Ke-5
via Youtube Sinar

Menurut Adlin, kisah perjalanan perkahwinan Ruminah Sidek boleh dikategorikan sebagai “Black Widow” dan untuk gelaran tersebut, Mak Mah sendiri mengetahui gelaran yang diberikan oleh anak-anaknya.

Dia menikah laki meninggal. Menikah meninggal. Restart. Itu perjalanan hidup dia.



Kalau buat mak punya biografi memang meletup.

So kite gelarkan mak “black widow”. Sekarang ni perkahwinan yang ke-5, sama juga, Milah mati dulu ke Do mati dulu.

Mak aku ni jenis orang yang macam aku jugak, kita orang masing-masing tidak boleh dinasihati sesama sendiri.

Kalau mak nak nasihatkan aku, mak kau relax. Sama juga aku nak nasihatkan mak. Aku lebih kurang dia juga.



Tambah Adlin, itu merupakan perjalanan hidup Mak Mah, malah dia sendiri mengatakan bahawa dia tidak boleh menasihati maknya kerana perjalanan hidupnya sendiri seakan-akan ibunya itu.

Adlin Dedah, Ruminah Sidek Digelar “Black Widow” oleh Anak-Anak Selepas Perkahwinan Ke-5


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button