Anwar Rusdini Dedah Kemelut Konsert Qalam Noraniza Idris

“Mahu Beri Dia Pengajaran”

Anwar Rusdini Dedah Kemelut Konsert Qalam Noraniza Idris

Anwar Rusdini Dedah Kemelut Konsert Qalam Noraniza Idris

Sebelum ini timbul isu dakwaan memecat pengarah persembahan bagi Konsert Qalam Noraniza Idris iaitu Anwar Rusdini.

Penyanyi Noraniza Idris tampil menjawab beberapa perkara berbangkit berhubung isu berkenaan.



Tidak Pernah Melantik Sebagai Pengarah persembahan

Noraniza Idris menyatakan bahawa dia tidak pernah melantik lelaki itu sebagai pengarah persembahan untuk konsert itu, malah Anwar sendiri memilih untuk menarik diri daripada projek berkenaan.

Anwar Rushidi sekali lagi tampil menceritakan pengalaman bekerja dengan penyanyi Noraniza Idris.

Baginya, biarpun pernah diingatkan agar berhati-hati jika ingin bekerja dengan penyanyi itu, Anwar Rusdini bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak mempedulikan nasihat tersebut.

Kata Anwar, dia tidak mempercayai kata-kata negatif yang dilemparkan kepada penyanyi kegemarannya itu selain meletakkan keyakinan tinggi bahawa perkara tersebut sekadar khabar angin.



Mahu Memberikan Pengajaran

Anwar Rusdini Dedah Kemelut Konsert Qalam Noraniza Idris
via Instagram Noraniza Idris
Menurut Kosmo, Anwar turut memberitahu tujuan dia memberikan kenyataan kepada media bukan kerana ingin menuntut bayaran tugasnya sebagai penulis skrip sebaliknya berharap agar Noraniza bersikap lebih profesional.

Malah dia juga berharap agar Noraniza Idris tidak mengambil kesempatan terhadap pengkarya seperti dirinya.

Saya bukan tuntut bayaran tetapi niat saya untuk beri pengajaran kepada dia supaya tidak melakukan sesuka hati terhadap orang.

Hanya kerana saya dianggap ‘orang baharu’ pada pandangan dia. Saya juga tidak mahu memburuk-burukkan dia dan tidak kisah apa yang dia telah cakap tentang saya.

Biarpun berdepan kontroversi, Anwar tidak gentar kerana rezekinya dalam bidang seni tidak terkesan.



Malah, dia turut menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak melakukan tugasan tanpa mendapatkan bayaran pendahuluan terlebih dahulu.

 

Anwar Rusdini Dedah Kemelut Konsert Qalam Noraniza Idris

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button