Ernie Zakri Payung ‘Lagu Seram’ Misha Omar Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Fuhh Menusuk Kalbu”

Ernie Zakri Payung ‘Lagu Seram’ Misha Omar Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Ernie Zakri Payung ‘Lagu Seram’ Misha Omar Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Bila Dengar Lagu Ni Terus Teringat Maya Karim”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 25 ribu, tanda suka sebanyak 2,786 dan sebanyak 87 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Ernie Zakri yang memakai busana serba keemasan sambil menyanyikan lagu popular dari Misha Omar iaitu ‘Pulangkan’.

@ernienator.my



Bukak mulut je terus SEDAP ! makan apa ek kak ninie ni 👻❤ Nantikan Konsert Hiburan Minggu Ini (OST Filem) yang bakal ditayangan di TV2 nanti cc : dimasandrea #erniezakri #pulangkan #mishaomar #hiburanmingguini #ostfilem #fyp #foryoupage #fypシ゚viral

♬ original sound – Ernie Zakri MY – Ernie Zakri MY

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa nyanyian Ernie Zakri sangat syahdu dan cukup rasa tambah pula dengan lagu itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



Ernie Zakri Payung ‘Lagu Seram’ Misha Omar Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button