Kecederaan Brundo resahkan Sri Pahang
Kecederaan Brundo resahkan Sri Pahang
Kuantan: Di sebalik kemenangan besar 5-1 ke atas PDRM FC kelmarin, Sri Pahang FC bimbang dengan kecederaan yang dialami pemain import, Stefano Brundo.
Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, kecederaan pada kaki kanan yang dialami pemain Argentina itu seakan memerlukan tempoh rehat panjang ketika skuad Tok Gajah akan bertandang ke Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
“Memang kami gembira dengan kemenangan kedua yang dicapai musim ini tetapi saya agak bimbang dengan kecederaan Brundo yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.
“Mudah-mudahan kecederaan yang dialami Brundo tidak serius seperti yang dijangkakan kerana dia antara nadi utama buat skuad Tok Gajah musim ini,” kata legenda bola sepak Singapura itu.
Pada perlawanan kelmarin, dua daripada lima gol itu dijaringkan Brundo yang membantu skuad Tok gajah mencatat kemenangan kedua musim ini.
Dalam pada itu, Fandi gembira dengan persembahan menyakinkan yang dipersembahkan penyerang import dari Liberia, Kpah Sherman yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu.
Katanya, Sherman sudah mula menemui sentuhannya dan diharapkan prestasi lebih padu yang dipersembahkan pada perlawanan akan datang.
“Sentuhan Sherman mula berhasil dan saya serta barisan kejurulatihan serta semua pemain gembira dengan perkembangan positif ini,” katanya.
Selepas 10 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ketujuh liga iaitu melonjak dua kedudukan iaitu di kedudukan kesembilan sebelum ini.
Kecederaan Brundo resahkan Sri Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Akhlak Bagi PAS
- Penganalisa Politik: Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS
- Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :