Labu seberat lembu jantan

Oleh – Syeikh Baran


Labu seberat lembu jantan

Seorang pekebun amatur Rusia, baru-baru ini, memecah rekod kebangsaan dengan buah labu seberat lembu jantan.



Alexander Chusov, menanam benih labu itu yang kemudian membesar sehingga beratnya menjadi 817 kilogram (kg).

Berat labu itu menyamai berat purata seekor lembu jantan.

Dia menerima pengiktirafan itu pada satu pertandingan di taman botani tertua Rusia iaitu Taman Apoteker, Sabtu lalu.

Selain labu gergasi, pelbagai jenis sayur-sayuran lain turut dipamerkan untuk pengunjung.



Menurut penganjur, pencapaian Chusov melepasi rekod sebelumnya iaitu 771 kg sekali gus menjadikan labu paling berat pernah dihasilkan di negara itu.

Pertandingan itu adalah sebahagian daripada acara tahunan Festival Musim Luruh di taman berkenaan

Bercakap kepada Reuters, Chusov menjelaskan, tumpuan utamanya adalah untuk mempamerkan hasil tanamannya.

Katanya, hobi itu memerlukan kerja keras terutama semasa musim bunga yang sejuk.



“Anda perlu memanaskan tanah dan udara, menutup tumbuhan dan melindunginya daripada fros.

Dia menambah bahawa labunya menambah berat sehingga 20 kg sehari pada tahun ini.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button