Mangsa maut dalam apartmen ditikam 20 kali

Mangsa maut dalam apartmen ditikam 20 kali

Mangsa maut dalam apartmen ditikam 20 kali
BAHAGIAN luar rumah mangsa yang dilekatkan dengan pita polis.

Petaling Jaya: Lelaki yang ditemui mati di sebuah unit apartmen di Bandar Sri Damansara di sini, hari ini, mempunyai 20 kesan tikaman di seluruh badan termasuk tangan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, mangsa berusia 36 tahun ditemui tidak bernyawa selepas jirannya mendakwa terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh dari rumah mangsa.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1 pagi hari ini daripada orang awam yang bimbang terjadi sesuatu ke atas mangsa selepas mendengar pergaduhan dengan orang tidak dapat dipastikan.



“Pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira 11 malam Ahad (semalam) dan pengadu membuat laporan selepas tidak melihat jirannya keluar selepas kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrulnizam berkata, siasatan awal mendapati mangsa maut akibat luka tikaman di rusuk kiri sebanyak lima kali, malah dia juga ditikam enam kali di kepala serta sembilan kali di kedua-dua pergelangan tangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara




Katanya, mangsa bekerja sebagai pereka dalaman sambilan itu dipercayai tinggal sendirian di unit berkenaan yang dibelinya tahun lalu.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Kita tidak menolak kemungkinan kes ini adalah pecah rumah hingga menyebabkan kematian. Barangan milik mangsa seperti beg duit, telefon bimbit disyaki telah dicuri,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Terdahulu Harian Metro melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan hari ini di sebuah apartmen di sini yang dipercayai mati akibat ditikam berulang kali.

Mangsa maut dalam apartmen ditikam 20 kali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button