Nilai Akhlak Bagi PAS

Nilai Akhlak Bagi PAS

Nilai Akhlak Bagi PAS

 

Muktamar PAS kali ke 70 yang diadakan di Kerdau, Pahang, sudah melabuhkan tirainya pada 15 September yang lalu.

Sebagai rekod, PAS telah ditubuhkan pada 24 November 1951 sebagai pilihan selain dari UMNO kepada orang Melayu.



PAS mendakwa dasar perjuangan politik mereka adalah berteraskan Islam sebagai mengimbangi perjuangan UMNO yang bersifat nasionalisma.

Pernah berlaku perpecahan dalaman kepada parti yang sebelum ini dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh kerajaan British selepas tragedi 13 Mei 1969.

Ketika itu PAS menerima cadangan UMNO supaya berkerjasama demi untuk memperkukuhkan perpaduan Melayu.

Namun atas sebab kepentingan politik, kerjasama antara UMNO dan PAS berakhir pada tahun 1978 selepas berlaku krisis darurat Kelantan.



Ketika itulah, Presiden PAS, Yusuf Rawa, telah memperkenalkan slogan kepimpinan ulamak.

Siapa ulamak?

Kesimpulan dari catatan yang dikeluarkan oleh IKIM, pada 27 Julai 2007, ulamak adalah seorang yang berilmu tinggi dengan akhlak yang mulia.

Persoalannya, adakah PAS yang menggunakan slogan kepimpinan ulamak hingga ke hari ini mempamerkan akhlak yang mulia di kalangan pemimpin dan ahli mereka?



Alasan Klishe Kerana Dendam

Timbalan Presiden PAS berkata, PAS terbuka menerima kerjasama dengan UMNO tetapi tanpa DS Zahid.

Alasan yang diberikan adalah kerana DS Zahid masih lagi mempunyai 47 kes yang berada di peringkat DNAA.

Dan sekiranya terdapat penemuan bukti baharu, kes itu boleh dibicarakan semula pada bila-bila masa.

Pada pendapat admin, alasan yang diberikan oleh Tuan Ibrahim adalah alasan klishe untuk menyembunyikan kemarahan beliau kepada DS Zahid.



PAS masih lagi tidak boleh menerima UMNO tidak mahu berkerjasama dengan Perikatan Nasional ketika usai PRU 15,

Ini menyebabkan PAS sehingga ke hari ini kekal sebagai pembangkang di peringkat persekutuan.

Akibatnya ramai pemimpin Perikatan Nasional yang didakwa terlibat dengan jenayah rasuah telah diheret ke mahkamah.

Dan orang yang mereka tuduh bertanggungjawab kepada keadaan tersebut adalah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.



Benar, kes 47 pertuduhan rasuah ke atas DS Zahid masih lagi di peringkat DNAA.

Dan pendakwaraya menarik balik ketika kes berada di peringkat mahkamah mendapati adanya prima facie.

Tetapi adakah Tuan Ibrahim faham dengan apa yang dimaksudkan dengan terdapat prima facie?

Mahkamah berpendapat terdapat asas untuk memanggil tertuduh membela diri, tetapi mahkamah belum lagi mensabitkan tertuduhan dengan dakwaan.



Banyak berlaku di akhir perbicaraan membela diri, mahkamah akhirnya memutuskan untuk membebaskan tertuduh.

Jika benar Tuan Ibrahim berpegang kepada prinsip keadilan, tidak mungkin beliau telah menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah.

Bagaimana pula dengan kes Muhyiddin Yasin dan kes Menteri Besar Perlis?

Di mana moral high ground dan prinsip kepimpinan PAS?

Beginikah akhlak kepimpinan ulamak yang didakwa sangat sinonim dengan PAS?

 

Nilai Akhlak Bagi PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button