Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

 

Dalam Muktamar Tahunan Sayap Pemuda PAS, mereka telah luluskan usul agar desakan dibuat supaya perdana menteri, Anwar Ibrahim, berundur.

Alasan ke atas desakan tersebut adalah bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.



Serta negara perlu memiliki kepimpinan baharu yang benar-benar kompeten serta mempunyai akauntabiliti untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Sudah cukup tempoh selama dua tahun diberikan kepada kepimpinan Anwar untuk melaksanakan janji yang selama ini mereka laungkan.”

“Namun, setakat ini satu persatu janji manis dilanggar.”

“Bukan itu sahaja, kepimpinan PMX tidak pernah cuba menjadi kerajaan yang matang dan bertanggungjawab dalam mentadbir.”



“Sikap kepura-puraan dalam mentadbir.”

“Serta keengganan mengambil tanggungjawab terhadap masalah ekonomi dihadapi negara.”

“Ia menyebabkan rakyat makin meluat dengan pentadbiran PMX,” dakwa pembawa usul, pemuda PAS Tambun, Abdul Abidi.

Usul tersebut disokong oleh Pemuda PAS dari Pokok Sena, Hamadah Syauqi.



“Kita bagi tempoh kepada beliau wahai ketua pemuda.”

“Kalau sebulan dia tak letak, dua bulan dia tak letak, setahun dia tak letak, kita akan memimpin kebangkitan rakyat turun ke jalan raya,” kata beliau.

Siapa Pemuda PAS Mahu Mendesak Perdana Menteri Malaysia Berundur?

Kita tidak mahu membahaskan usul Pemuda PAS yang mendesak agar Anwar Ibrahim berundur.

Tetapi persoalannya adalah, siapakah Pemuda PAS untuk mendesak perdana menteri Malaysia supaya berundur?



Pemuda PAS mesti sedar diri, Anwar Ibrahim bukannya Presiden PAS, tetapi beliau adalah perdana menteri Malaysia.

Apakah Pemuda PAS merasakan suara mereka lebih lantang dari suara pengundi Malaysia yang telah memberikan mandat kepada Anwar?

Alasan yang diberikan untuk membuat desakan tersebut juga dilihat ibarat perbuatan meludah ke langit.

Sebaiknya, sebelum Pemuda PAS mempersoalkan mengenai masalah rakyat di peringkat negara, lebih baik persoalkan mengenai nasib rakyat di negeri yang PAS perintah.



Adakah nasib rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah terbela?

Sudah majukan negeri-negeri tersebut?

Kalau pun Anwar letak jawatan, siapa yang mereka mahu untuk menggantikan tempat Anwar?

Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Muhyiddin Yasin atau pun mungkin Ahmad Faizal Azumu?



Dan terakhir sekali, mengapa mesti diheret rakyat ke jalanraya hanya kerana mahu memenuhi angan-angan politik?

Atau adakah ini adalah mesej bahawa PAS sedang merancang Langkah Sheraton 2.0?

Jangan lupa, Hadi Awang pernah mendakwa beliau merupakan penggerak dalam Langkah Sheraton 1.0.

 

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button