Penganalisa Politik: Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS

Penganalisa Politik Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS

Penganalisa Politik: Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS

 

Penganalisa politik berkata, isu berkait MB Perlis, Shukri Ramli, dilihat membelenggu akar umbi PAS.

Ia kerana tiada tindakan susulan diambil pucuk pimpinan pusat dan negeri.



Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan, berkata:

“Akar umbi PAS tidak lagi melihat ia parti yang menuruti ajaran Islam.”

“Kerana dikaitkan dengan rasuah, salah laku dan mempunyai kepentingan sendiri.”

“Akar umbi dah sedar perubahan perlu dilakukan.”
“Jika ada salah laku pemimpin lakukan, tindakan tatatertib perlu dikenakan.”



“Cuma bezanya tindakan tak diambil dalam PAS dan disenyapkan.”

“Lebih-lebih lagi pemimpin itu dari peringkat tertinggi hierarki parti.”

“Dalam muktamar dipersoalkan isu ini.”

“Malah bila ketua pemimpin yang juga MB Perlis dipersoalkan, itu masalah besar yang menghantui akar umbi.”



“Dan mereka tak boleh lagi mempertahankan PAS sebagai parti terbaik agama Islam,” jelas Dr Azmi Hassan.

Dalam Muktamar PAS ke 70, pembahas dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon menyuarakan kesedihan terhadap kualiti pemimpin parti itu.

Ia berikutan tiada tindakan diambil ke atas individu tertentu.

Beliau mendakwa ada pemimpin PAS bersalaman dengan wanita berkali-kali tidak dikenakan tindakan.



Dan yang berkaraoke pula dipertahankan.

Selain PAS Perlis tidak terima laporan berhubung isu dihadapi Shukri, sama ada daripada negeri atau pusat.

Shukri pada 2 Mei lepas menegaskan beliau masih menteri besar.

Walaupun timbul desakan letak jawatan susulan siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa.



Malah beliau melihat desakan lepas jawatan hanya timbul di media sosial, bukannya di peringkat parti atau pentadbiran negeri.

Agak menarik bila isu Shukri dibawa ke perbahasan Muktamar Tahunan PAS oleh wakil dari Perlis sendiri.

Sudah pasti ada sebabnya, mengapa wakil dari Perlis itu berbuat begitu.

Juga sudah pasti, Saifizi tidak bersendirian dalam membawa isu tersebut sebagai perbahasan dari negeri Perlis.



Adakah ini satu mesej yang jelas bahawa kepimpinan utama PAS kini mula diragui oleh ahli mereka sendiri?

 

Penganalisa Politik: Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button