Polis cari wanita warga asing larikan anak daripada suami

Oleh – Syeikh Baran


Polis cari wanita warga asing larikan anak daripada suami

Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.



Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, semalam polis telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identiti dan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami wanita itu pada 4.23 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti yang boleh menggusarkan masyarakat. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button