Suami ikut ajaran sesat paksa mengemis, tidur dengan ‘mahaguru’

Oleh – Syeikh Baran


Suami ikut ajaran sesat paksa mengemis, tidur dengan ‘mahaguru’

Seorang wanita hidup terseksa apabila dipaksa untuk mengemis oleh suaminya sendiri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.



Menurut perkongsian seorang Pengamal Undang-undang Syariah, Hazwani Zainal di TikTok, perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang wanita yang bertanya bolehkah dia menuntut cerai daripada suaminya itu.

Wanita tersebut memaklumkan, suaminya juga sudah tidak menunaikan solat kerana mendakwa telah dinaikkan taraf oleh ‘mahaguru’ dan boleh sembahnyang hanya dengan niat.

“Puasa pun dia kata tak wajib sebab ‘level’ dia dah sampai tahap wali.

“Bukan itu sahaja, saya dan anak perempuan berusia 8 tahun pernah dipaksa untuk meniduri mahaguru itu bagi tujuan menghapuskan dosa. Tetapi, saya lawan suami dan kami dikurung dalam bilil gelap dengan kaki dirantai,” katanya.



Kata wanita itu lagi, dia juga tidak diberi nafkah zahir sejak suaminya terlibat dengan ajaran sesat itu kira-kira tiga tahun lalu.

“Suami juga suruh saya dan anak kutip derma di pasar malam. Tapi duit itu dia ambil dan beri pada mahaguru, kami hanya dapat RM20 untuk makan.

“Kalau tidak kutip derma, saya akan dipukul hingga lebam-lebam,” katanya.

Katanya, tidak lama kemudian dia dan anaknya ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengemis sebelum tinggal bersama bapa saudaranya sehingga kini.



“Mungkin takdir Allah SWT nak selamatkan saya. Saya tinggal dengan bapa saudara sebab mak ayah sudah meninggal dunia dan saya merupakan anak tunggal.

“Saya nak cerai sangat puan sebab risaukan keselamatan anak. Saya dan anak sedang jalani pemulihan akidah di sebuah pejabat agama,” katanya.

Difahamkan, situasi wanita terbabit membolehkan dirinya untuk menuntut fasakh kerana berlaku penganiayaan kepada diri wanita terbabit.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button