Terkejut harga sebekas buah potong RM32

Oleh – Syeikh Baran


Terkejut harga sebekas buah potong RM32

“Kira-kira sebekas ni RM32, terkejut kita.”



Itu perkongsian seorang pengunjung di sebuah program yang terkejut apabila dikenakan bayar berkenaan bagi pembelian beberapa jenis buah potong yang diletakkan dalam bekas bersaiz sederhana.

“Beli buah kat acara, ceduk-ceduk jambu batu setengah, dua biji jambu air, satu potong nanas, pelam dan pelam epal.

“Tapi tu la tak taubat, tiap kali ‘event’ beli juga,” katanya menerusi perkongsian di TikTok menggunakan nama @ciikzatul.

Menerusi hantarannya itu, orang ramai tidak melepaskan peluang mendedahkan perkara hampir serupa berlaku terhadap mereka ketika mengunjungi acara atau festival makanan.



“Aku pernah kena kerabu mi RM30. ‘Taubat’ dah aku nak pergi ‘food festival’,” ujar @suhaimemuhd.

“Sebab tu tak suka pergi ‘event’ atau ‘food festival’. Mahal tak masuk akal,” luah @Anie Zue:s

“Saya RM38. Mahal sikit daripada awak,” kongsi seorang lagi pengguna.

“Saya ambil jambu batu dan mangga seketul RM15,” dedah @elliyaaaaa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button