Tiga tersepit, bas ekspres ‘rempuh’ pembahagi jalan

Oleh – Syeikh Baran


Tiga tersepit, bas ekspres 'rempuh' pembahagi jalan

Tiga individu cedera akibat tersepit selepas bas ekspres dinaiki hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 273.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan Gunung Lang, di sini, awal pagi tadi.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota BBP Ipoh dibantu anggota BBP Simpang Pulai digerakkan ke lokasi sebaik panggilan kecemasan diterima pada 1.10 pagi.

Menurutnya, tiga mangsa berkenaan terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki dewasa yang tersepit di tempat duduk berjaya dikeluarkan anggota bomba, manakala mangsa selebihnya cedera ringan.

“Tindakan pasukan membawa keluar tiga mangsa tersepit dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah bas ekspres membawa 33 penumpang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini.



Katanya, hanya tiga mangsa yang cedera manakala mangsa lain cedera ringan.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button