‘Jasa’ Radzi Jidin Kepada Generasi Muda

'Jasa' Radzi Jidin Kepada Generasi Muda

‘Jasa’ Radzi Jidin Kepada Generasi Muda

 

Ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin telah membuat satu dasar yang bukan sahaja ibubapa, malah para pendidik.

Beliau dengan bangganya mengumumkan, sistem peperiksaan berpusat yang sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka telah dimansuhkan.



Walau pun mendapat kritikan dari pelbagai pihak, tetapi Radzi Jidin tetap meneruskan dasar tersebut.

Malah di dalam Dewan Rakyat, majoriti ahli Dewan Rakyat sama ada dari blok kerajaan atau pembangkang bersetuju agar peperiksaan tersebut di kembalikan.

Kita akui bukan tidak ada sistem peperiksaan dilaksanakan.



Yang menjadi isu sekarang adalah kualiti sistem peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Sistem peperiksaan berpusat dilihat lebih meyakinkan untuk dijadikan penanda aras kualiti pelajar sekolah.

Soalan yang diberikan kepada semua pelajar adalah sama.

Dan ianya disemak oleh pegawai pendidikan yang tidak mengenali murid tersebut.



Setiap kertas jawapan hanya mempunyai angka giliran sebagai identifikasi.

Hasil dari dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Radzi Jidin, seramai 10,177 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Antara puncanya adalah kerana ada di antara pelajar tersebut tidak menguasai 3M, Membaca, Menulis dan Mengira.

Bayangkan pelajar yang berada di Tingkatan 5 dalam sistem pendidikan kita, masih lagi tidak menguasai 3M!!!



Masalah ini tidak akan timbul dengan sistem peperiksaan berpusat.

Kelemahan pelajar menguasai 3M boleh dikesan seawal peringkat UPSR dan datanya akan diketahui oleh KPM untuk tindakan susulan.

Ekoran itu, TPM 1, DS Zahid, mengumumkan kerajaan akan mengkaji untuk mengembalikan semula sistem peperiksaan berpusat.

“Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji dan mereka jadi mangsa.”



“Biar kerajaan bertukar, tetapi dasar kerajaan mestilah dibuat supaya anak kita tidak menjadi mangsa.”

“Saya mengadakan perbincangan dengan Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi) dan KPM.”

“Dan kebanyakannya tidak boleh membaca, menulis dan mengira,” jelas beliau.

 



‘Jasa’ Radzi Jidin Kepada Generasi Muda

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button