Kempunan beli Yamaha RXZ murah

Oleh – Syeikh Baran


Kempunan beli Yamaha RXZ murah

Impian seorang remaja untuk memiliki sebuah motosikal Yamaha RXZ tidak kesampaian malah kerugian RM2,000 apabila terperdaya dengan iklan palsu di TikTok kelmarin.



Mangsa berusia 18 tahun menyedari tertipu selepas membuat semakan akaun bank diberi suspek setelah melunaskan deposit pembelian motosikal terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, pada mulanya, remaja itu tertarik dengan tawaran penjualan sebuah motosikal RXZ sewaktu melayari akaun TikTok di rumahnya.

“Suspek menawarkan sebuah motosikal Yamaha RXZ hanya pada harga RM4,000. Mangsa yang tertarik telah menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Dia kemudiannya telah membayar deposit RM2,000 menerusi akaun bank diberi suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Azli berkata, remaja itu mula curiga apabila suspek kemudiannya meminta dia membuat pembayaran penuh sebelum motosikal itu diserahkan.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya membuat semakan sebelum mendapati akaun bank terbabit sah telah disenarai hitam digunakan oleh sindiket penipuan atau scammer dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button