Seorang ahli GISBH dituduh esok

Oleh – Syeikh Baran


Seorang ahli GISBH dituduh esok

Seorang ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.



Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pertuduhan terhadap suspek lelaki itu dijangka akan dilakukan pada jam 8 pagi.

“Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki daripada kumpulan GISBH di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan esok (Rabu),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 172 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Global di 20 buah rumah amal disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan terdapat kecederaan fizikal, emosi.

Pecahan jumlah mangsa adalah 202 kanak-kanak lelaki dan 190 kanak-kanak perempuan.



Operasi Op Global pada 11 September lalu itu turut menahan 159 individu membabitkan 39 lelaki dan 120 wanita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan hasil saringan kesihatan terhadap mangsa mengesan lima elemen jenayah iaitu penderaan fizikal dan emosi, pengantunan seksual kanak-kanak (child grooming), buruh kanak-kanak, pengabaian kanak-kanak serta pembesaran malnutrisi.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button