Tiga didakwa culik lelaki di PPR

Oleh – Syeikh Baran


Tiga didakwa culik lelaki di PPR

Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menculik seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras tahun lalu.



Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohammad Izzul Haikal Zainodin, 35, Zairen Idzwan Mohd Haslin, 33, dan Hoezniezam Hamzah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang telah dituduh, didakwa menculik atau melarikan seorang lelaki berusia 27 dengan niat mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah PPR Cheras di sini, pukul 7.30 malam pada 3 September 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan kepada mahkamah.

Hakim Siti Shakirah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button