Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin

Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin

Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin

 

Ahli GISBH, Mohamad Riza, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Putrajaya atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 September lepas.

Beliau didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 25 tahun.



Dengan niat menyebabkan kegentaran, di tempat letak kenderaan di Presint 4, di Putrajaya, kira-kira 10 malam pada 9 September.

Tertuduh didakwa menggugut wanita berkenaan dengan mengatakan, kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga.

Beliau didakwa melakukannya dengan niat hendak menyebabkan kegentaran terhadap mangsa.

Ia bertujuan supaya wanita itu yang juga bekas ahli GISBH, menarik balik laporan polis yang dibuatnya.



Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman.

Manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.



Mohd Sabri mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Bersama syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati atau menghubungi pengadu (wanita).

Selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.



Bagaimanapun, Zulfikri merayu mahkamah agar menetapkan suatu wang jaminan pada kadar munasabah.

Dengan hujahan ugutan tersebut berbentuk ringan sahaja dan bukan kesalahan serius.

Serta jumlah RM30,000 itu adalah di luar kemampuan tertuduh.

Tertuduh memohon kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminannya kerana isterinya baru melahirkan anak.



Selain perlu menyediakan wang perbelanjaan bagi keperluan anak-anaknya.

Tertuduh mempunyai tiga isteri dan 10 anak.

Ahmad Afiq kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin dengan wang RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dan menetapkan syarat bahawa tertuduh tidak boleh mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang perbicaraan kes berlangsung.



Selain dikehendaki lapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis.

Untuk rekod, tertuduh adalah menantu Abuya Ashaari pengasas Al Arqam yang diharamkan, dari isteri beliau yang bernama Sofwah.

 

Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button