Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan

‘Insya-Allah Saya Akan Usahakan’

Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan [VIDEO]

Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan [VIDEO]

Pelawak, Ali Puteh mengakui sudah lama tidak berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey selepas kali terakhir bertemu pada Februari lalu.

Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan [VIDEO]



Walau bagaimanapun, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu yang sudah lama selesai melibatkan dirinya bersama kakak ipar, Nor Hidayah Mohd Ali.

Dalam masa yang sama, Ali yakin bahawa anak saudaranya itu kini berada dalam keadaan yang baik di bawah jagaan Hidayah.

Perkara itu saya serahkan kepada Allah SWT. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga.

Yang penting, saya tahu dia sihat dan membesar dengan baik.



Kalau kita ulas mengenai isu ini, benda elok akan jadi tidak elok.

Ali berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Ketika ditanya mengenai momen pertemuan bersama Hamzah, Ali memaklumkan sosok tubuh anak saudaranya itu mirip seperti sosok tubuh abangnya, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sewaktu kecil.

Ketika kali terakhir saya berjumpa dengan Hamzah, saiz badannya memang hampir sama dengan arwah Abam sewaktu dia kecil. Muka juga memang sangat seiras.



Perwatakannya juga besar. Jika begitulah keadaannya, itu bermakna dia sihat dan makannya cukup.

Sedia hulur bantuan jika diperlukan

Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan [VIDEO]

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak memaklumkan dia sedia menghulurkan bantuan buat Hamzah sekiranya pertolongan daripadanya diperlukan.

Kata Ali, dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu memberikan bantuan meskipun tidak berpeluang untuk berjumpa di masa akan datang.



Kalau perlukan apa-apa bantuan daripada saya untuk anak, in sha Allah saya akan hadir.

Kalau saya tidak dapat hadir sekalipun, saya tetap akan usahakan juga.

Saya akan cuba buat sehabis baik untuk anak buah saya itu dan nak dia tahu yang dia masih ada bapa saudara.

Terdahulu, Ali hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan segala tuntutan saman terhadap kakak iparnya itu pada Februari lalu.



Dalam masa yang sama, Ali juga berkesempatan untuk bertemu dengan Hamzah selepas hampir empat tahun tidak bertemu.

Untuk rekod, Ali dan tiga ahli keluarganya diperintahkan mahkamah untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu menerusi platform Instagram (IG), dua tahun lalu.

Susulan itu, Ali terpaksa menjual barangan peribadi miliknya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan tuntutan saman kepada Hidayah.

Antara barang peribadi milik Ali yang dijual termasuklah trofi yang dimenanginya menerusi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.



Bukan itu sahaja, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button