Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH

Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH

Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH

Memang benar, di dalam Islam, merotan anak dibenarkan.

Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ



Mafhumnya: 

Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh tahun.

Dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat) ketika mana mereka berumur 10 tahun.

Dan pisahkan tempat tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan).



Riwayat Abu Daud (495)

Tetapi Rasulullah SAW mengajar kita, sebelum dibolehkan kita merotan, peringatan hendaklah diberikan untuk satu jangka waktu tertentu.

Ianya berdasarkan kepada perintah Rasulullah untuk kita mendidik atau memberi peringatan untuk solat pada umur 7 tahun.

Selepas peringatan dan didikan selama 3 tahun dan anak kita mesih enggan bersolat, barulah dibenarkan untuk kita kenakan hukuman rotan.



Konsep ini dinamakan taddaruj atau pendidikan berperingkat.

Di sebalik kebenaran merotan, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang telah ditetapkan:

  • Sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali

Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ



Mafhumnya:

Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah SWT.

Riwayat Al-Bukhari (6456)

  • Merotan dengan niat untuk mendidik anak-anak serta membentuk peribadi mulia pada diri mereka dan bukannya untuk menghukum anak-anak dan mencederakan mereka
  • Merotan tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak-anak
  • Tujuan merotan adalah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) dan bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan)

Mendidik Atau Menyiksa

Dari video klip di atas, timbul pertanyaan, adakah segalah syarat dan kaedah merotan yang digariskan dalam Islam sudah dipatuhi.



Anak-anak adalah generasi di masa hadapan dan bakal menggantikan tempat kita satu hari nanti.

Didiklah mereka dengan ketegasan dalam kasih sayang supaya mereka tidak menjadi pendendam.

 

Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button